Lencana Kemahiran |
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup.
Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut : -
- Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know)
- Simpul Raga (Carrick Bend)
- Simpul Serban (Turk's Head)
- Simpul Buaian (Scaffold Hitch)
- Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)
- Genggam Monyet (Monkey Fist Knot)
- Sambat Pendek (Short Splice)
- Ikat Seraya Jepun (Japanese Lashing)
- Ikat Serong Filipina (Filipino Lashing)
- Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch)
3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu :-
a. '3-2-1'
b. 'log&picket'
c. 'dead-man'
4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/ daging dan telur.
7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast.
8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
9. Membuat SATU model projek perintis.
10 Lakukan 1 yang berikut : -
a. Berenang 50 meter berpakaian lengkap
b. Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan.
ATAU
c. Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk 'abseilling', langkah keselamatan, sistem belay, cara 'abseilling' dan melakukannya sejauh 8 meter
d. Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.
- melalui titi goyang.
- melalui titi komando.
- melalui titi pacak.
- bergayut tali.
- bergayut monyet.
- merangkak 'deadman's crawl'.
- menyusupi halangan tayar.
- merangkak bawah jaring.
- melalui terowong.
- memanjat tali.
- memanjat pokok.
- memanjat tangga.
- memanjat tembok.
- memanjat batang pokok.
e. Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi. - 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)