LENCANA EKSPEDISI

Lencana Ekspedisi

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan kaki dan melengkapkan log ekspedisi seperti disyaratkan.

1. Latihan Ekspedisi
Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membugkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg terasuk 10 kg barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia menyediakan dan menyusun keperluan peribadi di dalam beg sandang (haversack).

2. Ekspedisi
2.1. Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol (4 hingga 7 orang) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 80 km ATAU 150 km dengan melaksanakan tugasan.
2.2. Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit bukau.
2.3 Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam dan sarapan secara 'backwoods' dan seumpamanya.
2.4 Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam.

ATAU

2.5 Berjalan kaki bersama patrol (4-7 orang) tidak kurang daripada 40 km dalam masa 24 jam terus menerus dengan melaksanakan tugasan.
2.6 Perjalanan hendaklah meliputi pinggaran bandar, desa atau luar bandar.
2.7 Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan yang disediakan secara 'backwoods' atau seumpamanya. 
2.8 Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam selama 10 jam.

ATAU

2.9 Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50 km selama 4 hari 3 malamdi sungai atau di persisiran pantai.

ATAU 

2.10 Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengukut keadaan tempatan)tidak kurang 4500 kaki aras laut.

3. Tugasan
3.1 Menyediakan laporan bertulis Log Ekspedisi mengikut format yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri.
3.2 Tugasan-tugasan tertentu yang berkaitan dengan perjalanan ekspedisi.
3.3 Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman atau video dan sebagainya.
3.4 Log Ekspedisi hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan tidak lewat 10 hari selepas ekspedisi untuk kelayakan lencana.

INGATAN : 
- Pengakap Remaja berkenaan mengetahui dan boleh menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi jenis pengembaraan yang dipilih.
- Penguji mestilah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja berkenaan sihat tubuh badan dan fikiran untuk melakukan ekspedsi itu dan semua syarat keselamatan telah diambil.

KEMBALI      SETERUSNYA