PENGENALAN

  
UNIT PENGAKAP REMAJA adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak - Kanak dan kedua Pengakap Muda. Bahagian ini ialah bagi budak - budak yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Remaja telah dinyatakan di dalam Perkara 247N; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:

247N.
    1. Untuk menjadi seorang Pengakap Remaja seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 15 tahun, tetapi belum sampai umur 18 tahun.
    2. Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan Pasukan Remajanya apabila sampai umur 18 tahun.
Tujuan bahagian ini ialah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat.
Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umurnya 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Jika sekiranya belum lulus Lencana Jaya ia boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini.

Seorang Pengakap yang belum pernah menjadi Pengakap dan berumur 15 tahun boleh menjadi Pengakap Remaja sebagai ahli baru :              

a) Setelah mendapat Lencana Keahlian Pengakap ( lihat Skim Lencana Pengakap Muda dan teruskan                                                                   
b) Menjalani latihan bagi mendapatkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya mengikut Skim LAtihan Pengakap Muda dalam masa yang singkat tetapi berpatutan sebelum memulakan kerja bagi Lencana Tertinggi.

Peraturan pembentukan unit dan patrol Pengakap Remaja adalah sama seperti bagi Pengakap Muda. ( lihat Skim Latihan Pengakap Muda).

Cogan Kata bagi unit Pengakap Remaja ialah PANDANG LUAS. 
Langkah Ke Anugerah Pengakap Raja
Tatacara Pemakaian Uniform Pengakap Remaja
Lengan Baju Sebelah Kanan
Lengan Baju Sebelah Kiri
Lengan Baju Sebelah Kiri (Cara memakai Lencana Anugerah Pengakap Raja)
Tatacara Pemakaian Uniform Pengakap (Lelaki)
Tatacara Pemakaian Uniform Pengakap (Perempuan)
Tanda / Lencana Pangkat Pengakap
Tanda / Lencana Patrol Pengakap (Warna - PKK, Nama Burung - PM, Nama Pahlawan - PR)

SETERUSNYA